Friday, February 10, 2012

Diamkanlah

Cinta??? Persoalan cinta tidak pernah habis. Andai kita mencintai seseorang memadailah dalam diam kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.


Berdiam diri lebih baik


Diamku bukan kerana benci dengan kehadirannya tapi kerana ingin menjaga kesucian cinta itu sendiri. Malu yg masih menebal dalam hati tidak memungkinkan kita berterus terang juga kerana takut diri akan tenggelam dalam lautan cinta yang tidak halal di sisi Allah. Pernahkah kita terfikir apa yg akan terjadi sekiranya kita hanyut dalam ikatan cinta yg tidak sah, ia bakal mengheret kita bergelumang dengan dosa.


Jika dirinya bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih baik buatmu.


Teringat kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Kedua-dua mereka juga menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T mereka telah bersatu dalam ikatan yang sah kerana Allah Maha Mengetahui apa yg berada dalam hati kita.


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Mungkin sesetengah orang akan kata, "Kalau tidak diluahkan macamna sidia akan tahu perasaan kita?". Lebih baik mereka tidak tahu mengenainya kerana Allah lebih mengetahui segala perasaan kita terhadapnya.

Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, biarlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T dan ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu sebelum kita mengejar cinta dari hambaNya kerana cintaNya tidak kan sesekali mengecewakan kita andai kita berjaya mencintaiNya sepenuh hati kita. Bagaiman kita hendak mencintai seseorang andainya kita tidak berusaha untuk kenal dan mencintai Sang penciptanya.

Masih banyak lagi tugas kita di dunia ini sebagai khalifah. Jangan kerana terlalu mengejar cinta manusia, kita lupakan tugas kita sebagai pendakwah. Kerana asyik mengejar dunia akhirat kita lupakan. Ingatlah, dunia ini hanya sementara..

Cinta itu manis apabila tiba masanya nanti. InsyaAllah suatu saat nanti Allah akan memberikan kemanisan di dalam cinta antara 2 insan di dalam mahligai sebuah pernikahan.

Entry ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa..

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...



Kasih dan Sayang adalah milik Allah ^_^

Wednesday, February 1, 2012

Seorang wanita

Seorang wanita itu...

Terlalu mulia disisi Pencipta-Mu,

Namun semua itu hanya jika kau tahu,

Mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.


Seorang wanita itu...

Adalah satu anugerah yang paling indah,

Imanmu adalah perisai,

Agamamu adalah landasan di setiap langkah yang kau atur.


Seharum mana pun wangian kasturi,

TIdak mampi menandingi wangian budi pekertimu,

Lembutnya gumpalan kapas masih tewas,

Dek kelembutan tingkahmu,

Kalusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai,

Masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.


Seorang wanita itu...

Menggalas maruah diri yang berat dari bongkah batu,

Menepis setiap dugaan yang datang bertubi-tubi,

Namun akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu,

Asal saja kesabaran menjadi bentengmu.


Seorang wanita itu...

Dilahirkan dengan keistimewaan,

Yang dimuliakan Allah,

Mampu mengoncang dunia.


Seorang wanita itu...

Dijadikan Allah dengan kelembutan,

Namun tetap kuat, sabar dan tabah,

Dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh cabaran.


Seorang wanita itu...

Tangisan bukan menunjukkan ia lemah,

Tapi adalah cara untuk melepaskan segala beban yang tergalas,

Kerana fitrah air mata dan wanita tidak dapat dipisahkan.


Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah



Kasih dan Sayang adalah milik Allah ^_^